Thursday, March 31, 2011

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG TEBU 2011

alwaIz set the tRaiL....neVa f0LLow tHe paTh

Ekspedisi ini bermula pada hari Khamis (24 Mac 2011) dengan disertai seramai 14 orang fasilitator serta 25 orang peserta.

Ekspedisi bermula dari 24 hingga 25 Mac 2011 :

Tarikh : 24 Mac 2011 (Khamis)
3.30 : Peserta berkumpul di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV untuk taklimat dan pendaftaran.


Sesi pendaftaran dikendalikan oleh para fasilitator. Fasilitator2 tersebut adalah kami

4.15 : Fasilitator dan peserta memulakan perjalanan ke Lata Belatan. Sebelum bertolak doa dibacakan oleh wakil fasilitator, Muhd Shawal. Kami menaiki sebuah bas persiaran. Dalam perjalanan kami terperangkap kat kbmaLL ngeeeeee..free2 dpt tgk live. Vide0 minah nih trjun xsmpat nk amik ngn kwn aku. Aku jz sempat amik gmbr via my xpress music.

cam b0d0h sGt kn pmpn nih
krn laki mau bnuh diri
nauzubiLLah.....

5.30 : Kami singgah seketika di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh untuk menunaikan solat asar dan mengambil 11orang lagi peserta dari sekolah Maahad Saniah.

7.00 : Kami akhirnya tiba di Kampung Jabi dan menuju ke Lata Belatan yang terletak di kaki Gunung Tebu. Lokasi ini adalah pintu masuk ke Gunung Tebu. Perkara pertama yang dilakukan, kami mendaftar diri di pondok pengurusan Lata Belatan dan Gunung Tebu yang dikendalikan Jabatan Perhutanan. Kami dimaklumkan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan, jika hujan lebat sepanjang hari, semua pengunjung tidak dibenarkan mendaki Gunung Tebu bagi mengelak terperangkap. Selesai urusan pendaftaran, sedikit sesi taklimat dan pembahagian kumpulan diadakan kepada para peserta ekspedisi.

semua asyik giler dgr abe we bg taklimat

Tanpa membuang masa, kami terus ke tapak penginapan sementara. Para peserta lelaki bermalam di Astaka. Manakala peserta perempuan pula bermalam di Dewan. Selesai berkemas, kami solat maghrib berjemaah di surau yang disediakan.

8.15 : Kami dikehendaki untuk memasak sendiri berpandukan bahan yang telah dibekalkan oleh pihak penganjur. Antaranya, ikan sardin dan beras. Alhamdulillah, kerjasama dari pihak peserta amat baik. Seterusnya, kami makan beramai-ramai dan solat isyak berjemaah di surau.



masak nasIk tp rasa cm plut...nsb bDn r k0rg haha

hehe....inilah aku n da geng

10.00 : Slot pertama iaitu “ice breaking” diadakan. Setiap peserta dan fasilitator dikehendaki memperkenalkan diri masing-masing. Selesai sesi ta’ruf, pengarah program memberi taklimat berkenaan peraturan sepanjang program dan serba ringkas berkenaan ekspedisi yang akan dilaksanakan keesokan harinya.

11.00 : Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan bagi melancarkan perjalanan ekspedisi. Peserta dikehendaki berbincang sesama sendiri berkenaan peralatan yang bakal dibawa ke puncak gunung.

11.45 : Lampu padam. Peserta dibenarkan berehat. Alhamdulillah, keadaan cuaca baik hingga ke tengah malam, cuma hujan renyai-renyai.

Tarikh : 25 Mac 2011 (Jumaat)
0530 : Peserta bangun dan mandi. Masak untuk sarapan. Peserta dibekalkan beras, sardin dan telur 2 biji seorang.
0600 : Peserta solat Subuh berjemaah di surau.
0700 : Peserta mengemas barang-barang yang perlu dibawa sepanjang pendakian. Manakala barang yang tidak perlu ditinggalkan dalam van IOA.

8.00 : Kami bersiap untuk memulakan pendakian. Keadaan cuaca, amat baik dan hujan renyai-renyai sahaja. Ini memberi harapan kepada kami untuk mencapai misi menawan Gunung Tebu. Pengarah program yang sudah beberapa kali menawan puncak Gunung Tebu, menjadi ketua ekspedisi ini. Sebaik peserta bersedia dengan kelengkapan masing-masing termasuk bekalan makanan dan minuman, kami memanaskan badan dengan membuat regangan otot.



mach0 kn???hihihi...akan ku tawan puncak Gunung Tebu...cehh wah
Ekspedisi mendaki Gunung Tebu adalah ekspedisi siri 1 sebelum menawan gunung seterusnya iaitu Gunung Jerai dan Gunung Kinabalu. InsyaAllah.

9.00 pagi : Kami mula bergerak memasuki trek pendakian menyusuri air terjun Lata Belatan yang sungguh mempesonakan. Kehijauan airnya membuatkan perasaan berbelah-bagi sama ada hendak meneruskan pendakian atau bersantai di air terjun itu. Peserta dan guide yang membawa kamera, tidak henti-henti merakamkan panorama alam semula jadi yang terhidang di depan mata.

Laluan berbatu dan agak licin terpaksa kami tempuhi untuk menyeberangi Sungai Cakah Dua atau dikenali sebagai Sungai Y(Cakah Dua).

Keadaan laluan selepas menyeberangi Sungai Cakah Dua agak mendatar dan kumpulan ekspedisi terpaksa melalui beberapa titian kayu.


Kami akhirnya tiba di kem Sungai Cakah Dua untuk berhenti rehat seketika sambil membasahkan tekak.



Dari sini, kami perlu menyeberangi satu lagi sungai. Dengan air sungai di paras bawah lutut, ada antara kami membuka kasut untuk mengelak sepatu basah. Lebar sungai ini pula lebih kurang empat meter saja. Selepas menyeberangi sungai, laluan ke puncak Tebu mula menegak.

aGk dLm kn???mmg terkejut beruk aku dibuatnya...nmpk cm cetek jew..ble msuk fulamakkk hbs lencun baju

1.45 petang : Kumpulan kami tiba di kem Batu Mat Hasan.

guide n renjer kami yg giler2....

Kami berhenti rehat, menikmati bekalan makanan yang dibawa untuk menambah tenaga yang sudah hampir kehabisan dek laluan pendakian mencabar sepanjang kira-kira dua kilometer.


wajah kepeNatan yg teramat sgt....

Dari kem Batu Mat Hasan, jarak pendakian hanya tinggal 2.5 kilometer lagi untuk tiba di puncak gunung.Menurut penduduk tempatan di sini, batu tersebut diberi nama sempena dengan nama seorang penduduk tempatan yang pernah datang dan bertapa di sini. Lokasi pertapaan dikatakan tujuh tingkat di bawah batu besar ini.Tok Mat Hassan ini dikatakan telah bertapa selama 44 hari dan hanya memakan sebiji bertih sehari sepanjang pertapaan.

Mendaki dengan botol kosong untuk mengurangkan beban, air diisikan di Punca Air.



Airnya sangat bersih dan dingin. Kami terpaksa menuruni curam lebih kurang 120 meter untuk sampai ke punca air. Di sini kami berhenti rehat dan solat zohor. Malah ada peserta yang mengambil peluang untuk mandi manda dek terpesona dengan keindahan air terjun.

bez si0t d0e...lme xmndi waterfaLL....yg nih btl2 fresh...kt puncak taw....

Di Jendela Pandang

pendaki dapat melihat panorama indah setelah penat berjalan dan mendaki cerun bukit. Namun, itu hanya separuh perjalanan ke puncak. Seolah-olah Jendela Pandang menambahkan lagi semangat kami untuk ke puncak.

5.30 : Kumpulan pertama selamat sampai. And dats me~!!!!

akulah peserta pmpn pertama yg smpi ke puNcak...

Segala penat letih, lelah jerih terbayar apabila hawa dingin semula jadi menyucuk-nyucuk kulit. Semakin dekat ke puncak semakin dingin terasa.


Perasaan tidak dapat digambarkan apabila tiba ke puncak ini, puncak gunung Tebu. Keindahan ciptaan Allah. Banyak sekali pokok bonsai yang bersaiz besar terdapat di puncak gunung ini. Pokok ini sangat cantik dan unik.

di atas batu madrasah
Dari atas gunung Tebu ini kami dapat menikmati pemandangan yang sungguh indah. Melihat daerah Besut, juga melihat Matahari terbit dan terbenam serta merasai udara yang sangat nyaman. Dari sini kami berpeluang melihat pemandangan yang cukup indah. Nun di sana terbentang pulau2 di T'ganu spt Pulau Redang, Pulau Tengah n beberapa lagi.
Satu kepuasan yang tak terkata. Bagaikan hilang segala keletihan mendaki selama 9 jam.
line celc0m n maXis jgk fuLL gler....pendek kata hbgn dgn 0rg t'syg xpnh ptus ngeeee
wif my guiDe hehe....jgn sLh fhm taw.....
ini shahir fr0m maahad saniah
dye sntiasa bsme aq spnjg pendakian....(tLg bw brg aq haha)

7.00 : Tunggu punya tunggu sampailah kumpulan yang kat belakang. Semua keletihan. Alhamdulillah khemah berjaya didirikan oleh kumpulan pertama. Angin mula bertiup sepoi-sepoi bahasa. Agak sejuk berada di puncak. Peserta-peserta dibenarkan turun ke punca air yang terletak lebih kurang 200meter dari tapak perkhemahan. Ada yang mandi manda dan yang penting bersih diri untuk solat. Tidak kurang juga yang mengambil air untuk menyediakan makan malam.

8.15 : Masing-masing kesejukan dan kelaparan. Setiap peserta bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing dalam menyediakan makanan. Tiada seorang pun yang terkecuali.

9.15 : Taklimat dari pengarah program. Alhamdulillah semua peserta selamat tiba ke puncak meskipun dalam keadaan cuaca yang kurang mengizinkan. Semua peserta gigih dalam melaksanakan misi menawan Gunung Tebu. Apabila pandang atas terdapat banyak bintang yang cantik. Kami juga berpeluang melihat kerlipan-kerlipan bintang dan lampu-lampu nun jauh di bawah sana. Malangnya kami tidak dapat menikmati lama pemandangan tersebut apabila hujan turun mencurah-curah membasahi tapak perkhemahan. Peserta dibenarkan berehat awal demi mempersiapkan diri bagi aktiviti menuruni Gunung Tebu keesokan hari.

Setiap peserta hanya berpeluang bersantai dalam khemah masing-masing. Jam 2 pg kami dikejutkan dengan khemah dimasuki air. Padan muka!!orang da pesan suh buat longkang dulu wawawa. X tidur aku semalaman. Duduk je bertafakur lam khemah. Lambat gila hari nak pagi.

Tarikh : 26 Mac 2011 (Sabtu)
5.30 :
Peserta bangun dan solat. Masak untuk sarapan.
6.30 : Setiap peserta dikehendaki membuka fly dan khemah masing-masing dan bersiap-siap untuk turun.

10.00 : Sebelum turun, peserta melakukan regangan badan. Peserta mula meninggalkan tapak perkhemahan. Naik ke puncak yang ada batu bersurat dan kubur panjang untuk bergambar kenang-kenangan beramai-ramai.

kami terHEBAT~!!!!

guiDe yg baIk hati

Pemandangan dari kawasan ini sungguh cantik. Setelah puas bergambar, kami semua bergerak ke puncak untuk sesi penggambaran seterusnya. Kami bergerak ke Puncak Bonsai, terdapat Taman bonsai yang dikelilingi oleh pokok-pokok bonsai yang amat cantik. Di kawasan ini terdapat terdapat batu pintu gerbang, batu mahkamah, batu hakim, batu pancung, batu sangga udang , batu singahsana dan telaga afdal.

B.A.N.G.G.A jd rakyat Klate hihihi
Di atas batu singahsana terdapat ukiran lambang kumpulan persilatan.

Ketika berada di puncak Gunung Tebu, sesi fotografi beramai-ramai. Macam-macam aksi boleh dilihat dan ditunjukkan oleh para peserta yang menggambarkan wajah-wajah ceria.

10.30 : Peserta mula mengorak langkah untuk turun dari puncak. Semua bersemangat untuk turun dari puncak. Di fikiran masing-masing sudah terbayang-bayang air sungai di Lata Belatan.

Dalam perjalanan turun, kami tidak banyak berhenti. Bila turun terasa cepat sangat sampai ke satu-satu checkpoint. Kami hanya berhenti rehat di Batu Mat Hassan bagi menunggu peserta yang ketinggalan. Jika semalam trek menaik, kali ni pula trek mula menurun. Lutut-lutut pula mula goyang, skru dah mula longgar. Kami lebih berhati-hati memandangkan jalan licin.

3.00 : Tiba di Sungai Y. Ada yang buka bekalan makanan masing-masing dan yang paling penting mandi kat sungai memandangkan pagi tadi kami tidak mandi. Setelah semua selesai, barulah kami bergerak semula untuk keluar dari hutan belantara ini.

4.15 : Kumpulan pertama telah sampai jam 3.45 petang. Kemudian diikuti semua peserta lain. Sampai di Lata Belatan, masing-masing sibuk bersiap untuk pulang memandangkan bas yang akan kami naiki telah lama menanti.

5.15 : Majlis penutupan misi kembara Gunung Tebu dirasmikan oleh pengarah program. Ucapan ringkas disampaikan oleh ketua guide, En. Abdullah. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar.

6.00 : Kami bertolak pulang.

Ekspedisi berjaya mencapai matlamat yang dikehendaki dan peserta mendapat banyak manfaat darinya. Semoga misi yang akan datang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Unit Program mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta. Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutama kepada IOA Kelantan dan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Apa yang pasti, ekspedisi Gunung Tebu banyak meninggalkan kenangan kepada peserta.

INFO

•Ketinggian 1,037 meter dari aras laut.

•Jarak perjalanan hampir tujuh kilometer atau lima jam pendakian.(7088m)

•Terletak di daerah Besut, Terengganu.

•Peserta ekspedisi perlu melapor diri di kaunter Pejabat Hutan, Air Terjun Lata Belatan.

•Gunung tertinggi di Terengganu.



Wednesday, March 23, 2011

~nerv0us~



beberapa jam ag baKal bermula 1 misi pNtg
bagi aqu n kwn2
m0ga segaLanya berjaLan lancar
dah macam2 masalah yg telah kami tempuhi bersama
demi menjayakan misi ini
pacK??aLhamdulillah 80%beres
aqu memang xbawa banyak barang
juz bawa yg mana betul2 penting
sh0pping pun tidak
membe2 tiap2 ari kua beLi barang
n aqu juz dk 0stel hehe(perasan jap)


b4 ase xsabar2 nak pergi
mana xnya aq suka sgt xtvti lasak
but n0w ase cam takut sangat
kembara ni bukan perkara remeh
kami akan menjadi fasilitator bagi pelajar lepasan SPM
yang datang dari pelbagai latar belakang

misi pertama kami adalah kembara Gunung Tebu
h0pe sgt segala urusan kami 9t akan dipermudahkan olehNya
memandangkan cuaca yang tidak menentu sekarang
keselamatan kami agak tergugat

in exploring the nature
we explore ourselves

m0ga objektif sebenar misi ini tercapai

siri 1 : Gunung Tebu
siri 2 : Gunung Jerai@Gunung Stong
siri 3 : Gunung Kinabalu


Saturday, March 19, 2011

++kELiRu++



PerTahaNkan huBunGan
?????
cInta mmg suKar uTk difAhami
suKa n duKa bercInta
keLiru jln mana yg haRus dipiLih
ku kini berada di saTu perSimPangan
mana yg paTut
arggghhhhhh cInta mmg aneh
n yg pLg uNik knapa prLu terjerat ngn sume ni

aDa apa dGn cInta
knape cNta haDir dLm diri
wuJudkah cInta seJati?
ada yg kaTa cInta sPt pLasTik
mudah diLentur....caIr sTlh t'kena aPi....patah biLa diteRajang



seTiap deTik meRinduImu
ada keTika xsGup ag memikIrkan kam0o
(nyah kam0o dari fKiranKu haha *aGk zaLim d c2*)
perLu ke diTerusKan hBgn iNi
xSgup unTuk terus meLukai n diLukai




Sunday, March 13, 2011

LeLaki IdaMan



harapan teMu LeLaki iDaMan
keLiru anTara b0yFrienD n LeLaki iDaMan

::b0yfRiend::
cInta yg dTg tnPa diUndang
ciri2 yg ada padanya biasa2 ajew
haTi mgkin dh t'Lampau syg
tp xmStaHiL hbgn retak biLa2 masa ajew
krn dek bYgn lelaki idaman yg sering didamBakan
b0yfriend mKin lme b'sme ad jew msLh yg tmBuL
dLu sume maNis2 tp bLe dh Lme mula la paHit je yg diTeLan

::LeLaKi iDaMan::
perwatakannya nmpk inDah
semuaNya mempers0nakan
u l0oK s0o greAt dear
(huhu)

terinGat perumPamaAn
"yang diKeJar tak dapat
yang dikEnd0ng berCiciRan"
semua Insan menginkan kesempurnaan
"MR.RIGHT"

is it true yg sempurna itu mampu dimiLiki??


wawawa enCem kn





Aku punya teman
Teman sepermainan
Dimana ada dia selalu ada aku

Dia memang manis
Dan juga baik hati
Dan dia slalu ada waktu
Untuk membantuku

Namun aku bingung
Ketika dia bilang cinta
Dan dia juga katakan
Tuk ingin jadi kekasihku

Cukuplah saja berteman denganku
Janganlah kau meminta lebih
Kutak mungkin mencintaimu
Kita berteman saja
Teman tapi mesra

Aku memang suka pada dirimu
Namun aku ada yang punya
Lebih baik kita berteman
Kita berteman saja
Teman tapi mesra





Wednesday, March 2, 2011

sukantara pnye pasal



agak buzi
lam mggu ni n mggu dpn
jdual aq agk paCk
penat w0ooooo
smLm tamat sudah sUkanTara 2011
ok meh nk cter cket
suKanTara 2 sukan antara rumah2 sukan kt IPG Kb
kira cm tiap2 rumah dpt kutip mata time sukantara ni la
mata sume ada 3.....1,,2,, n 3 mata
of c0z la yg 3mata pLg tggi hihihi
acara time sukantara lak juz lari 400m,,l0ntar b0m n l0mpat jauh
ketiga2 acara nih aq masuk
n 0f c0z la acara lari jew yg aq minat hihihi
alHamduLillah aq dpt sumbangkan 2mata uTk rumahku(Kinabalu)
yeayyyyyyy penat taw lari..dh lme xpecUt
act bab2 pecut ni la yg aq pLg xske
pe2 pn aq puas dpt berbaKti utk kinabalu
(cehhhhh wahh ayt cm xley bLah)

mau tgk wajah se0rang atLet???hihihi

aNk spe la nih haha(dat leCt mmg t0p dye bg aq smgt giler)


td aq b'jaya menamatkan 2.4km lam mse 14min bpe saat nth
huhu pnat gler xdgr ap2 dh lect ckp pew
yg aq tau nk dduk
pIc 9t aq upl0ad ag hihihi

ptg nih kami penghuni bl0k E n bl0k A akn b'kem di
KEM T0K SELEHOR
malas gler beb
xgemar aq b'kem2 dh la dKt ngn umah aq jew
tp sYg xley bLik umah
cz ai sabtu aq n geng plu p ke k0k lanas
ad meeting utk kembara gunung Tebu
on 17,18 n 19 mac
hihihi bnyi cm bez kn
tp inilah pngalaman aq yg agk m'cabar
m'jadi fasi utk bdk2 yg r0sak akhlak
euwwwwww..mudah-mudahan segalanya b'jalan lancar

ok next week lak Kejohanan Olahraga Tahunan 2011
n next week jgk lah byk giler assignment yg plu antar
yg aq pLg xtahan,,aq t'pilih utk acara 4x400m utk KOT 9t
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa xnk lari
aq dah capet~!!!!!!!!!

then yg pLg bez sem break smggu jew
ai jumat 2 dh kna p sk bemban jd fasi utk aktvti KESAS
spe kata dk IPG relax??
penat taw