Thursday, June 21, 2012

myMetro | Bergantung kepada kemampuan

myMetro | Bergantung kepada kemampuan


kahwin semasa belajar??


           Sudah ramai kawan-kawan yang kahwin semasa belajar. Malah makin ramai yang menjadikan perkara ini sebagai satu trend. Tidak kiralah pelajar universiti mahupun institut pendidikan guru. Terutamanya semenjak belajar di IPG lily tengok perkara ini sudah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan pelajar IPG, belum lagi grad dah kahwin. Setiap kali cuti semester ada saja kawan yang mendirikan masjid bersama pilihan masing-masing .Dalam kelas lily juga dah ada 2 orang yang kahwin N seorang sudah pun bergelar ibu. Mereka ini bahagia dengan pasangan masing-masing. 

        Banyak kelebihan yang ada jika kahwin semasa belajar. Pertamanya jauh dari perbuatan maksiat maklumlah bila dah bercinta perasaan melebihi segalanya. Kehidupan lebih teratur maklumlah segala hal mampu dikongsi bersama pasangan yang halal. Tidak terkecuali juga dapat belajar sama-sama. Kawan2 ramai yang bertemu jodoh dengan yang sealiran yakni pelajar IPG juga. Jadi dapatlah berkongsi nota, study sama2, buat tugasan sama2, cuti semester dapat melancong sama2.Ibu bapa juga dah tak perlu risau tentang keselamatan anak-anak mereka terutama anak2 perempuan kerana mereka sudah pun mempunyai penjaga di sisi. Tengok cincin banyak kat jari aje orang dah tak berani nak kacau. Tambahan, orang cakap siapa yang dah kahwin bila posting nanti tak de lah dihantar ke daerah pedalaman. Mungkin juga mempengaruhi. 

           Setiap yang berlaku ada ironinya. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng. Satu perkahwinan itu sendiri merupakan satu tanggungjawab yang besar. Pasangan yang tidak membuat persiapan rapi dari segi jasmani dan rohani pasti akan kecundang. Kahwin semasa belajar di saat umur masih muda banyak cubaan dan halangan yang datang. Setiap pasangan haruslah mempercayai dan mempunyai kesefahaman barulah perhubungan tidak bermasalah. Perkahwinan bukanlah semata-mata kerana tuntutan nafsu tetapi perlulah berlandaskan tuntutan syarak!




Sunday, June 3, 2012

lily punya entry




berakhir sudah semester 1 untuk tahun pertama ijazah sarjana
bermacam-macam dugaan baik yang manis mahupun pahit telah ditempuhi
alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik
ecececehhh tetiba ayat cam skema giler
sekarang lily tengah bercuti kat umah
semua adik beradik berkumpul
time jari berdetak, lily keseorangan kat umah
family semua keluar entah ke mana xbalik2
lily nak keluar lesen xrenew lagi
arggghhhh bosan xtau nak cakap dh
actually hari nih ada jemputan makan2 kat umah my c's
but s0rry sangat c's akaq xdapat pergi
ada2 je halangan kan.....but it's ok ada masa nanti kita jumpa
wish u dapat ipg kkb also...time 2 boleh la kita jumpa tiap2 hari hehe

28-31 mei baru-baru nih lily bersama abah,umie n adik p Langkawi
trip nih adalah trip Cikgu Cikgi Maahad Muhammadi Tumpat
alhamdulillah kami semua selamat pergi n balik
pengalaman n kegembiraan xley nak cakap
1st time p Langkawi...osem sangat!
janjiku akan ku jejak lagi Langkawi......
semester 1 nih kuat betul lily berjalan
thanks God.....syukur sangat study kat ipg
elaun masuk bukan aje dapat lily guna untuk buat belanja
lily jugak dah xperlu bergantung pada duit abah
tapi jugak untuk jejalan
cuba la hitung dalam 1 sem aje dah berapa tempat berjaya lily jejaki
Terengganu, Tasik Kenyir, Melaka, Port Dickson, Pulau Perhentian, Pulau Langkawi
last year pun Perlis, Kuala Lumpur.....boleh katakan insyaAllah semua negeri akan Lily tawan hehe
time muda2 remaja gini la kita boleh jalan-jalan
kahwin pun xag...bebas nat buat apa aje......parent memang sikit pun xkisah lily nak pergi mana
janji guna duit sendiri n pandai jaga diri
jejalan ni best tapi fulus mesti ada
bagi lily biarlah berhabis untuk makan n jejalan daripada berhabis beli alat2 mekap@gadjet
next ke mana pula??????
pape pun study first!jalan-jalan hanya sekadar hobi untuk mematangkan diri 
n tambah pengalaman serta pengetahuan

pic Langkawi dah pun di upload di Facebook atas permintaan budak nakal
kat blog nanti ada masa terluang lily akan cerita lebih detail
coklat pun xhabis lagi nih hehehe.....nak s0rry......hahaha