Friday, March 9, 2012

Hari2 ku Sebagai Pendidik


            Selama seminggu 4-8 Mac 2012 menjalani PBS yakni Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Kubang Batang. Sekolah ini baru je memperoleh Baiah. Agak teruja Lily dapat berkenalan dengan cikgu2 sekolah ini. Seriously sekolah ni sangat cantik. Banyak landskap menarik yang dijaga rapi. malah landskap2 ini jugaklah menjadi kebanggaan sekolah selain daripada pencapaian yang diperoleh. Terlalu banyak pengalaman yang Lily timba selama berada di sekolah. Pengalaman ini InsyaAllah menjadi ilmu paling berharga dalam meniti hari2 sebagai bakal pendidik. PBS membuatkan Lily berasa bukan lagi sebagai pelajar tapi mendidik Lily menjadi seorang guru yang sebenar. Lily diberi peluang menjadi guru ganti kerana ramai cikgu sekolah tersebut ada tugasan luar. At first memang agak gelabah. Mana tak nya Lily baru sangat lagi. Ilmu kat IPG sebelum ni hanyalah teori semata-mata. Bila masuk je sekolah ni Lily ditugaskan jadi guru ganti. Paling lucu kena mengajar bahasa Inggeris. Main hentam aje. Budak2 ni pulak suka sangat menyanyi. Nasib baik pengalaman Lily bersama KESAS banyak membantu dalam melayan kerenah pelajar. Ada satu ketika terjumpa dengan seorang budak nama Nurliyana. Budak ni tersangatlah pendiam. Susah sangat nak dengar suara dia. Hinggakan cikgu dia pun dah give up. Tapi Lily xlama kat sekolah tu, xbanyak yang Lily dapat tolong. Sekarang hanya mampu berdoa moga dia berjaya dan menjadi lebih aktif. 



Ala2 nasyid pun ada

Di Bilik Muzik





Di Bilik Guru



Musolla










 
Di bilik tayangan menonton Upin&Ipin versi English


Bersama Siti Nurliyana

 Bilik Gerakan KSSR

Bilik Pemulihan Khas


 Bilik Pendidikan Islam


Terima Kasih Cikgu2 SK Kubang Batang yang banyak membantu n tak lupa teman seperjuangan serta my senior kak eqin n kak yeen. Miss our moment together. 



GREAT TEACHERS INSPIRE
GREAT TEACHERS MOTIVATE
GREAT TEACHERS CHANGE THE WORLD