Thursday, June 21, 2012

myMetro | Bergantung kepada kemampuan

myMetro | Bergantung kepada kemampuan


kahwin semasa belajar??


           Sudah ramai kawan-kawan yang kahwin semasa belajar. Malah makin ramai yang menjadikan perkara ini sebagai satu trend. Tidak kiralah pelajar universiti mahupun institut pendidikan guru. Terutamanya semenjak belajar di IPG lily tengok perkara ini sudah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan pelajar IPG, belum lagi grad dah kahwin. Setiap kali cuti semester ada saja kawan yang mendirikan masjid bersama pilihan masing-masing .Dalam kelas lily juga dah ada 2 orang yang kahwin N seorang sudah pun bergelar ibu. Mereka ini bahagia dengan pasangan masing-masing. 

        Banyak kelebihan yang ada jika kahwin semasa belajar. Pertamanya jauh dari perbuatan maksiat maklumlah bila dah bercinta perasaan melebihi segalanya. Kehidupan lebih teratur maklumlah segala hal mampu dikongsi bersama pasangan yang halal. Tidak terkecuali juga dapat belajar sama-sama. Kawan2 ramai yang bertemu jodoh dengan yang sealiran yakni pelajar IPG juga. Jadi dapatlah berkongsi nota, study sama2, buat tugasan sama2, cuti semester dapat melancong sama2.Ibu bapa juga dah tak perlu risau tentang keselamatan anak-anak mereka terutama anak2 perempuan kerana mereka sudah pun mempunyai penjaga di sisi. Tengok cincin banyak kat jari aje orang dah tak berani nak kacau. Tambahan, orang cakap siapa yang dah kahwin bila posting nanti tak de lah dihantar ke daerah pedalaman. Mungkin juga mempengaruhi. 

           Setiap yang berlaku ada ironinya. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng. Satu perkahwinan itu sendiri merupakan satu tanggungjawab yang besar. Pasangan yang tidak membuat persiapan rapi dari segi jasmani dan rohani pasti akan kecundang. Kahwin semasa belajar di saat umur masih muda banyak cubaan dan halangan yang datang. Setiap pasangan haruslah mempercayai dan mempunyai kesefahaman barulah perhubungan tidak bermasalah. Perkahwinan bukanlah semata-mata kerana tuntutan nafsu tetapi perlulah berlandaskan tuntutan syarak!




No comments:

Post a Comment