Program Bina Insan Guru (BIG) fasa 1 bermula pada 13-16 Feb 2012 melibatkan guru pelatih dari opsyen PA 1, BI 1 dan BI 4. Progam BIG merupakan program yang perlu setiap guru pelatih ikuti sepanjang mereka belajar di IPG. Program BIG merupakan sukatan wajib bagi guru pelatih ikuti bagi setiap semester. Program ini diadakan di Tasik Kenyir.
ISNIN, 13 Feb 2012
Pada hari pertama iaitu 13 Feb 2012, semua peserta telah bersiap sedia di depan Dewan Wawasan pada jam 7.30 pagi. Malang tidak berbau apabila perjalanan kami tergendala disebabkan berlaku kesilapan teknikla apabila bas yang akan kami naiki rosak. Namun hal tersebut berjaya diselesaikan. Lebih kurang jam 10 pagi kedua-dua buah bas bertolak sekitar. Kami telah berhenti makan tengah hari di bandar Permaisuri.
Perjalanan diteruskan sehingga kami tiba di Jeti Gawi untuk menaiki bot ke Tapak Perkhemahan Pulau Poh. Disitu, kami dikehendaki untuk memunggah kesemua barang yang dibawa ke dalam bot. Di tapak perkhemahan Pulau Poh pula, kesemua peserta bergotong royong mengangkut barang dari atas bot ke tempat perkhemahan. Setelah selesai semuanya, maka bermulalah tugasan bagi peserta memasang khemah dan juga setiap ajk masakan akan menyediakan hidangan untuk makan malam peserta. Memandangkan tandas lelaki ditenggelami air, kami terpaksa bertolak ansur.
girls PA1
otw to Pulau Poh
Pada petangnya, setelah selesai berkemas dan memasang khemah, para peserta telah menunaikan solat qasar dan jama’ ta'khir bagi solat asar dan zohor dan selepas itu, kami mengurus diri dan makan. Pada malamnya, selepas solat magrib dan isya’ berjemaah, telah diadakan kuliah magrib. Pada pukul 9 malam pula, latihan dalam kumpulan (LDK) yang pertama telah dijalankan iaitu sesi suai kenal sesama peserta. Ianya dikendalikan oleh En. Wan Ghazali. Setelah selesai LDK tersebut, para peserta diberikan sedikit taklimat berkenaan aktiviti air yang akan dijalankan pada keesokannya. Seterusnya para peserta dibenarkan untuk berehat. Sebelum itu, pembahagian tugas untuk berjaga dan mengawal malam telah dibahagikan mengikut ahli setiap kumpulan.
Pada hari kedua, para peserta telah bersiap sedia seawal jam 6 pagi untuk solat subuh secara berjemaah. Selesai solat, tazkirah subuh telah diberikan oleh Tn Hj. Norizan dan wakil kelas PA. Seterusnya, para peserta diberikan masa untuk bersiap sedia ke padang kawad kaki yang dikendalikan oleh kem komandan iaitu Tn. Haji Norizan bin Hanapiah. Para peserta diajar berkaitan beberapa perkara asas dalam kawad kaki serta latihan untuk majlis penutup nanti. Seterusnya beliau turut memberikan taklimat berkaitan perjalanan ke tempat untuk aktiviti air nanti.
Selesai aktiviti berkawad, kami dibenarkan untuk bersarapan pagi dan seterusnya bersiap sedia ke tempat aktiviti air. Sesampainya di tempat aktiviti air itu, kami dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu untuk aktiviti kayak dan juga untuk aktiviti “water confident”.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa “water confident” itu ialah kawalan pernafasan, cara berenang dan teknik terapung. Selain itu, peserta juga diajar untuk menyelam dan melintasi halangan yang dibuat iaitu melalui kangkang peserta. Seterusnya, para pelajar dilepaskan di dalam tasik untuk berenang ke tempat batu besar di tebing tasik. Sepanjang aktiviti tersebut dijalankan, para peserta diwajibkan untuk memakai jaket keselamatan. Begitu juga dengan aktiviti berkayak. Peserta dibahagikan pasangan untuk berkayak dan mengelilingi pulau tersebut. Kesemua aktiviti air itu berakhir petangnya dan para peserta dibenarkan untuk pulang ke tapak perkhemahan. Para Ajk makanan pula sibuk menyiapkan juadah untuk makan malam.
ala-ala talam muhibah
RABU, 15 FEB 2012
Pengisian aktiviti pada hari ini adalah dengan dimulakan solat subuh secara berjemaah dan tazkirah subuh yang disampaikan oleh Tn. Haji Norizan dan wakil dari kelas PA. Selesai tazkirah tersebut, para peserta bersarapan pagi sebelum bergerak dan berkumpul di padang kawad kaki. Latihan kawad kaki kali kedua dijalankan seperti biasa.
my gr0up
b0ys PA1
0ur special b0y
Seterusnya, kami diberikan taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut iaitu “jungle trekking” di Pulau Herba dan Ikhtiar hidup di Air Terjun Sungai Saok. Taklimat tersebut adalah berkisar tentang barang keperluan untuk memasak dan diri yang perlu serta barang yang tidak perlu dibawa ke sana.
Kami selamat tiba di taman herba dan mendengar taklimat oleh pihak pengurusan Taman Herba itu iaitu En Majid. Beliau memberikan penerangan berkaitan taman tersebut serta ekspedisi “Junggle Trekking” yang akan dijalankan nanti. Ekspedisi itu kemudiannya diambil alih oleh pekerja di sana. Pelbagai flora dan fauna serta tumbuhan herba ditemui sepanjang perjalanan tersebut. Aktiviti tersebut berakhir dengan kesemua peserta berkumpul di Pondok Harmoni dan bersama-sama menikmati minuman herba yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Taman Herba tersebut. Antara minuman herba tersebut ialah tongkat ali, kacip fatimah dan mahkota dewa. Sebelum minum, En majid telah memberi penerangan berkaitan herba-herba tersebut dan mengenai taman herba itu.
Seterusnya, selesai menikmati minuman tersebut, kami menaiki bot dan meneruskan perjalanan ke Air Terjun Sungai Saok untuk menjalani aktiviti seterusnya.
Pada malamnya, aktiviti malam kebudayaan telah diadakan. Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan lakonan atau apa jua tayangan yang telah disediakan bertemakan pendidikan serta sebuah lagu patriotik untuk tontonan dan penilaian para juri. Selesai persembahan tersebut, En Zainol telah memberikan refleksi dan akhir sekali, kami diberikan tugas untuk mengemas kesemua barang dan bersiap sedia untuk pulang pada pagi esok. Antara tugas tersebut ialah mencuci peralatan-peralatan memasak, melipat khemah, dan membersihkan kawasan.
KHAMIS, 16 FEB 2012
Pada hari terakhir ini, seperti biasa membersihkan diri seadanya dan mengambil wuduk lalu menunaikan solat subuh secara berjemaah dan mendengar tazkirah subuh yang disampaikan oleh wakil dari kelas PA. Selesai sahaja tazkirah itu, kami berkemas dan mengangkut barang ke bawah disamping menikmati sarapan pagi yang telah disediakan.
Acara kemuncak iaitu majlis penutup berjalan dengan lancar di dataran kawad kaki. Perasmian penutup telah dijalankan oleh En. Wan Zainol selaku wakil Pengarah IPG.
gr0up PA1
logo gr0up 6
Kami kemudiannya bergotong-royong mengangkut barang keluar dari bas dan seterusnya menyimpan kesemua barang di dalam stor.
No comments:
Post a Comment