Sunday, January 29, 2012

Tip Penjagaan Tudung




  • Pastikan tudung tidak diramas ketika dicuci, cukup dgn hanya mencelup dan mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.

  • Rendam tudung seketika dalam air bercampur pelembut ataupun sabun mandi selama 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih dan jemur di kawasan yang redup iaitu di tempat cahaya matahari yang tidak terlalu terik.

  • Jangan sesekali memasukkan tudung ke dalam mesin basuh kerana ia akan merosakkan kain serta tudung yang memiliki sengkuap. 

  • Setiap kali membasuh tudung, asingkan daripada kain yang lain. Amalkan membasuh tudung bersama tudung lain sahaja.

  • Cara melipat tudung juga perlu betul. Jika menggunakan tudung bersengkuap, pastikan jangan melipat bahagian sengkuap kerana jika ia terlipat, tudung terbabit akan menjadi tidak sempurna bila dipakai.

  • Jika bahagian sengkuap terlipat, basahkan sedikit dengan percikan air atau pelembut, kemudian gosok bahagian. Ia akan terbentuk semula.

  • Bagi tudung lycra pula, ia tidak perlu digosok kerana kain jenis berkenaan tahan kedutan terutama jika bercorak tetapi jika ingin menggosoknya boleh menggunakan suhu rendah. 




$$ tetiba je ada Farah. I like her style..........

No comments:

Post a Comment