JENIS KANSER PERUT
Semua kanser perut dikategorikan kepada empat jenis dari aspek bentuk ketumbuhannya iaitu:
* Polypoid carcinoma
* Fungating carcinoma
* Ulcerated carcinoma
* Diffusely infiltrative carcinoma
Keempat-empat jenis kanser ini berbeza dari aspek peringkat,jenis dan bentuk ketumbuhan.
GEJALA KANSER PERUT
Gejala kanser perut bergantung kepada tahap keseriusan kanser yang dihidapi, sama ada kanser perut peringkat awal atau kanser peringkat lanjut.
*Kanser perut peringkat awal.
Kanser perut pada peringkat ini adalah kanser yang masih belum merebak hingga ke lapisan otot(muskularis propia) di mana ia hanya berlaku pada permukaan perut (mukosa) atau submukosa.
*Kanser perut peringkat lanjut
Peringkat 1 atau peringkat 2 kanser perut akan mengalami simptom berikut, yang lazimnya tidak banyak berbeza dengan sakit perut biasa.-senak perut atau rasa kurang selesa di bahagian perut
-perut rasa macam ada angin
-cepat kenyang walaupun makan sedikit saja
-pedih hulu hati
-rasa mual
~rasa sakit seperti panas terbakar di bahagian tulang dada(biasanya teruk ketika selesai makan atau ketika berbaring)
Sistem peringkat lanjut kanser adalah lebih ketara, seperti~najis berwarna hitam yang menunjukkan pendarahan di perut
~kehilangan berat badan
~hilang selera
~rasa letih
~sering kali muntah@muntah darah
Jangan pandang remeh pada sakit perut. Sakit perut berpanjangan boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan segera.
No comments:
Post a Comment